China mampu juarai Piala Dunia – Eriksson

China mampu juarai Piala Dunia – Eriksson

BEIJING, 24 Feb (AFP) – Impian Presiden China Xi Jinping terhadap negaranya untuk memenangi Piala Dunia akan tercapai dalam tempoh sedekad, kata bekas jurulatih England, Sven-Goran Eriksson, menurut laporan.

“Sekarang, pada 2016, ia seperti setiap pemain mahu datang ke China untuk alasan yang sama,” kata Eriksson, yang sekarang menjadi pengurus Shanghai SIPG di Australia menjelang perlawanan Liga Juara-Juara Asia menentang Melbourne Victory.

“Mungkin dalam tempoh 10 atau 15 tahun, saya pasti pasukan kebangsaan China akan bersaing dengan baik untuk memenangi Piala Dunia,” dia yang dipetik sebagai berkata oleh agensi berita Xinhua.

Di bawah pengakuan peminat bola sepak Xi, China meraih kejayaan dalam sukan sebagai keutamaan politik, menghasilkan perancangan 50 mata untuk membangunkan beribu akademi bola sepak dan mendapatkan bakat domestik.

Xi mengisytiharkan bahawa penganjuran, kelayakan dan memenangi Piala Dunia adalah tumpuan negara, walaupun negara itu pada masa ini pada ranking ke-93 dunia oleh FIFA.

Sven-Goran Eriksson (kiri) percaya China akan berjaya memenangi Piala Dunia dalam tempoh sedekad lagi. – AFP
Sven-Goran Eriksson (kiri) percaya China akan berjaya memenangi Piala Dunia dalam tempoh sedekad lagi. – AFP

Kelab-kelab Liga Super China telah membelanjakan 317 juta euro (AS$349 juta) semasa jendela perpindahan yang ditutup Jumaat ini untuk membawa masuk bintang-bintang luar, kebanyakannya pemain antarabangsa.

Rekod yuran perpindahan China dipecahkan empat kali dalam tempoh itu dengan kemuncak di Jiangsu Suning yang membayar Shakhtar Donetsk 50 juta euro (AS$55 juta) untuk Alex Teixeira.

“Ia bukan hanya bola sepak di China yang semakin besar dan kaya,” kata Eriksson semalam, “Kelab-kelab China juga membuka lebih atau kurang sekolah-sekolah bola sepak setiap hari, dan pemain muda lelaki dan wanita akan mula bermain bola sepak. Masa depan bola sepak di China hebat, dan saya pasti mengenainya.”

Eriksson datang ke China untuk melatih Guangzhou R&F pada 2013. Kelabnya sekarang membayar 18.5 juta euro (AS$20.3 juta) untuk mendapatkan penyerang Brazil, Elkeson dari Guangzhou Evergrande bulan lalu.

ARTIKEL YANG SAMA