China mengesahkan pertembungan dengan Jepun

China mengesahkan pertembungan dengan Jepun

BEIJING, 5 Julai – Kementerian pertahanan China telah mengesahkan bahawa jet-jet pejuang China dan Jepun telah bertembung di perairan Laut China Selatan yang dipertikaikan bulan lepas, dan berkata jet-jet China hanya menjalankan rutin rondaan di kawasan tersebut.

Pihak kementerian berkata jet-jet pejuang Jepun menghampiri jet-jet pejuang China pada kelajuan tinggi untuk memprovokasi mereka, yang memaksa para juruterbang China untuk mengambil “langkah taktikal.” Keterangan yang dikeluarkan kelmarin itu bagaimanapun tidak mengatakan apakah langkah yang mereka ambil.

Pertembungan pada 17 Jun itu berlaku berdekatan gugusan pulau-pulau kecil tandus yang dituntut oleh kedua-dua negara, yang digelar kepulauan Diaoyu oleh Beijing dan kepulauan Senkaku oleh Tokyo.

China pada 2013 menubuhkan zon identifikasi pertahanan udara yang merangkumi kepulauan itu dan bertindih dengan tuntutan ruang udara Jepun bagi pertahanan. – AP

ARTIKEL YANG SAMA