China mengesahkan ‘senjata’ di pulau pertikaian

China mengesahkan ‘senjata’ di pulau pertikaian

BEIJING, 18 Feb (AFP) – China mengesahkan ia mempunyai senjata di sebuah pulau yang dipertikaikan di Laut China Selatan, kata media negeri hari ini, tatkala Setiausaha Negara AS John Kerry mengecam Beijing atas ‘penenteraan’ rantau penting itu.

AS dan Taiwan berkata China telah menghantar peluru berpandu ke Pulau Woody, sebahagian daripada rangkaian Paracels, selepas Fox News melaporkan senjata itu telah tiba di sana sejak seminggu lalu.

Beijing menuntut kesemua Paracels, walaupun Hanoi dan Taipei mempunyai tuntutan bertindan. China merampas beberapa pulau dari Selatan Vietnam dalam pertempuran berdarah pada akhir Perang Vietnam.

Kementerian Pertahanan China mengesahkan “China telah menghantar senjata di pulau itu untuk masa yang lama,” lapor akhbar Global Times, yang mempunyai hubungan erat dengan parti pemerintah Komunis. Ia tidak menyatakan senjata tersebut berada di pulau.

Namun ia berusaha tidak mengheboh penghantaran berkenaan, berkata laporan terbaru merupakan contoh media Barat yang memain ‘helah yang sama’ mengenai ‘ancaman China,’ akhbar memetik pejabat berita kementerian sebagai berkata.

Gambar yang diambil pada 27 Julai 2012 menunjukkan sebahagian daripada bandar Sansha di Pulau Yongxing, yang juga dikenali sebagai pulau Woody dalam rantaian pulau yang dipertikaikan, yang mana China menganggapnya sebahagian daripada wilayah Hainan. – AFP
Gambar yang diambil pada 27 Julai 2012 menunjukkan sebahagian daripada bandar Sansha di Pulau Yongxing, yang juga dikenali sebagai pulau Woody dalam rantaian pulau yang dipertikaikan, yang mana China menganggapnya sebahagian daripada wilayah Hainan. – AFP

Ketegangan di laut di mana satu pertiga daripada minyak dunia melaluinya telah meningkat dalam beberapa bulan ini sejak China memindah terumbu di pulau Spratly ke selatan di pulau tiruan yang berupaya menampung kemudahan tentera.

Washington berkata tindakan Beijing mengugut laluan bebas di kawasan penting itu dan telah menghantar kapal perang berhampiran dengan pulau yang dipertikaikan untuk menuntut kebebasan pelayaran, sekaligus menimbulkan kebimbangan perluasan.

Sementara itu Beijing menegaskan ia mempunyai hak untuk membina sistem ‘pertahanan diri’ di rantau tersebut. Satu editorial pada hari ini dalam akhbar Global Times berkata AS telah “menyuntik elemen paling banyak tentera di rantau.”