China mengkritik bantahan jalanan

China mengkritik bantahan jalanan

BEIJING, 20 Julai – Dalam usaha untuk memintas tunjuk perasaan jalanan besar-besaran, akhbar kerajaan China telah mengkritik para pembantah tentang sasaran restoran-restoran KFC dan AS lain yang dicetuskan oleh perintah tribunal antarabangsa yang menolak tuntutan Beijing ke atas keseluruhan Laut China Selatan.

Ulasan-ulasan semalam dan hari ini memperlihatkan tuntutan ketat parti memerintah, iaitu parti Komunis bagi keamanan sosial. Gerakan bantahan sebelumnya ke atas saingan lamanya, Jepun dan yang lain telah kadangkala di luar kawalan, yang membawa kepada keganasan ke atas perniagaan asing dan serangan ke atas para pelanggan China mereka.

Sementara itu, di Taiwan salah satu dari enam pihak yang menuntut wilayah di Laut China Selatan – lapan ahli undangan dari parti memerintah dan pembangkang utama telah terbang menaiki kapal pengangkutan pasukan tentera hari ini menuju pulau Taiping, satu-satunya pegangan Taiwan di rangkaian Pulau Spartly yang dipertikaikan. Flotila sebanyak lima bot menangkap ikan dengan dihiasi bendera Taiwan juga belayar menuju pulau itu.

Taiwan telah membantah perintah panel penimbangtaraan minggu lalu yang menganggap Taiping bukanlah pulau sebenar yang mampu mengekalkan kehidupan, satu langkah yang akan menafikannya zon ekonomi eksklusif 370 kilometer dan hak kepada sumber dalamnya.

Di China, para pembantah berhimpun dalam beberapa hari kebelakangan ini di luar restoran KFC di beberapa buah bandar, membawa sepanduk dan menggesa bagi pemulauan rangkaian itu. Laporan di media sosial mengatakan para pelanggan telah dituduh tidak patriotik dan ‘menjatuhkan air muka nenek moyang’. – AP

ARTIKEL YANG SAMA