China menyaman 5 hotel meniru Disney

China menyaman 5 hotel meniru Disney

SHANGHAI, 25 Nov (Reuters) – China telah menyaman lima hotel tiruan Disney atas kesalahan meniru syarikat ikonik hiburan AS itu, agensi berita Xinhua berkata hari ini dalam jangka masa sehingga pembukaan taman tema Walt Disney di Shanghai.

Berita tersebut datang kurang dari sebulan selepas pihak berkuasa China mengumumkan mereka akan memberikan perlindungan istimewa terhadap Disney dalam kempen selama setahun sekitar pembukaan taman tema itu.

Pentadbiran Perbandaran Shanghai bagi Industri dan perdagangan (AIC), pengawal selia perniagaan, mendapati hotel-hotel tersebut semuanya dimiliki oleh Kumpulan Perhotelan Shenzen Vienna dan telah menggunakan tanda niaga Disney pada tanda-tanda dan laman sesawang mereka tanpa kebenaran, menurut Xinhua.

Hotel-hotel tersebut terletak di daerah Pudong Shanghai, di mana taman tema itu akan dibuka tahun depan.

Beberapa panggilan kepada Kumpulan Perhotelan Shenzen Vienna untuk memberikan penjelasan tidak berjaya.

Salah satu hotel milik Kumpulan Perhotelan Shenzen Vienna di China.
Salah satu hotel milik Kumpulan Perhotelan Shenzen Vienna di China.

“Berhasrat untuk mengaut keuntungan dan menarik pelanggan, [hotel itu] bukan sahaja melanggar hak asasi tanda niaga tetapi juga disyaki melakukan persaingan yang tidak adil,” laporan AIC itu dipetik sebagai berkata.

Hotel-hotel tersebut disamankan pada jumlah gabungan 100,000 yuan (AS$15,656), menurut laporan itu lagi.

Lin Haihan, pengarah pejabat tanda niaga AIC Shanghai, berkata pentadbiran sedang memeriksa hotel-hotel lain bagi kemungkinan pelanggaran, menurut Xinhua.

China telah bergelut selama bertahun-tahun untuk melepaskan reputasi sebagai sumber, memperdagangkan, barang tiruan dari replika beg tangan hingga kereta tiruan.

Disney, yang membangunkan taman tema AS$5.5 bilion bersama syarikat tempatan Kumpulan Shanghai Shendi, berharap ia dapat memanfaatkan pertumbuhan pada negara ekonomi kedua terbesar di dunia itu walaupun pertumbuhan ekonomi negara mengalami kelembapan.

Pada awal tahun ini Disney menangguhkan pembukaan pusat peranginan Shanghai Disneyland hingga separuh pertama 2016 dari masa yang dijadualkan sebelum ini pada akhir 2015.

ARTIKEL YANG SAMA