China, M’sia berikrar tingkat kerjasama pertahanan

China, M’sia berikrar tingkat kerjasama pertahanan

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Agensi) – Menteri Pertahanan China Chang Wanquan bertemu dengan rakan sejawatan Malaysia, Hishammuddin Hussein di sini semalam, dengan kedua-dua pihak berikrar akan mempertingkat kerjasama pertahanan dua hala.

Dalam mesyuarat itu, kedua-duanya bertukar-tukar pendapat mengenai isu umum, termasuk hubungan dua hala dan keadaan keselamatan di rantau tersebut.

Chang berkata hubungan China-Malaysia telah berkembang pada tahap tinggi bertahun-tahun lamanya, dengan hubungan dua hala menjadi lebih erat dan hubungan di antara kedua-dua tentera berkembang dengan pesat dalam semua bidang.

Beliau menambah pihak China menekankan kepentingan untuk memaju kerjasama pertahanan dengan Malaysia dalam diplomasi negara jiran.

Menteri Pertahanan China (dua kiri) ketika membuat pertemuan dengan Menteri Pertahanan Malaysia. – Bernama
Menteri Pertahanan China (dua kiri) ketika membuat pertemuan dengan Menteri Pertahanan Malaysia. – Bernama

Beliau berharap kedua-dua tentera boleh melaksana persetujuan yang telah dicapai di antara pemimpin kedua-dua pemimpin, mengekal pertukaran peringkat tinggi, merangsang kerjasama pragmatik, memperkukuh penyelarasan pelbagai hala, menyelesaikan masalah, mempertingkat kepercayaan strategik dan mempromosi kemajuan perkongsian strategik komprehensif yang sihat dan stabil di antara kedua-dua negara.

China juga rela melancarkan kerjasama mendalam dalam pertahanan dan keselamatan dengan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN), kata Chang, sementara berjanji akan bersatu dengan ASEAN dalam menghadapi dan mengatasi pelbagai cabaran, sekali gus mengendali dan mengawal keadaan untuk menjamin keamanan dan kestabilan serantau.

Malaysia adalah pengerusi ASEAN buat masa sekarang.

Hishammuddin berkata keadaan keselamatan serantau sekarang sudah menjadi semakin rumit, yang harus mendapat perhatian daripada pihak berkuasa pertahanan dari Malaysia dan China.

ARTIKEL YANG SAMA