China mula bina empangan tertinggi

China mula bina empangan tertinggi

BEIJING, 15 Julai – China akan mula membina empangan setinggi 314 meter yang akan menjadi di antara yang tertinggi di dunia, menurut pegawai, ketika negara itu mengembang luaskan hidro kuasanya.

Empangan Shuangjiankou di atas sungai Yangtze, China akan disiapkan menjelang 2022, menurut kementerian alam sekitar dalam laman webnya semalam.

Kemudahan yang bernilai 36 bilion yuan ($5.8 bilion) akan menjadi lebih tinggi daripada empangan tertinggi di dunia pada masa kini, Jinping-1 setinggi 305 meter, juga di China.

China telah mengembangkan hidro kuasa penjana kapasiti elektrik ketika ia berusaha untuk mencapai satu matlamat untuk memperoleh 20 peratus daripada kuasanya daripada sumber bukan fosil menjelang 2030. Beijing mengatakan mencapai sasaran akan membantu mengurangkan pertumbuhan dalam emisi karbonnya yang bertanggungjawab bagi perubahan iklim, terbesar di dunia.

China menjadi tuan rumah bagi empangan terbesar di dunia iaitu Three Gorges, serta kira-kira 85,000 kemudahan hidro kuasa lain. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA