China mula menari samba

China mula menari samba

GUANGZHOU, 23 Julai – Luiz Felipe Scolari berkata dia berpegang pada mantera ringkas sejak menyertai pasukan besar China Guangzhou Evergrande dalam satu perpindahan mengejutkan bulan lalu.

Dengan itu ciri-ciri Brazil telahpun menguasai kelab sekarang apabila bakat superstar Paulinho dan Robinho telahpun menjadi rebutan pengurus pemenang Piala Dunia tatkala beliau merancang untuk melanjutkan pengaruh kelab terkenal China di seluruh Asia dan negara lain.

“Ia adalah kelab yang berjaya dan kami mahu kejayaan tersebut diteruskan. Itulah sebabnya kami merekrut pemain yang kami tahu dapat membantu kami mempertingkatkan prestasi dan gaya Brazil yang dibawa oleh dua pemain berkenaan mampu melakukannya,” kata Scolari yang memimpin Brazil memenangi Piala Dunia pada 2002.

Paulinho telahpun memberikan tanggapan positif kepada peminat Guangzhou sejak midfield berusia 26 tahun itu menandatangani kontrak dengan kelab 29 Jun sebagai rekrut berharga 14 juta euro dari Tottenham Hotspur selepas dua musim dengan kelab London itu.

Peminat akan menikmati persembahan pertama gaya Robinho pada malam ini apabila bekas pemain berusia 31 tahun real Madrid, Manchester City dan AC Milan itu turun padang untuk melawan Bayern Munich dalam kunjungan tiga perlawanan awal musim juara Jerman ke China.

Robinho antara pemain Brazil yang akan membawa ciri-ciri Brazil ke dalam gaya bola sepak China. – Reuters
Robinho antara pemain Brazil yang akan membawa ciri-ciri Brazil ke dalam gaya bola sepak China. – Reuters

Pasangan itu menyertai rakan senegeri Ricardo Goulart, Elkeson, Alan Carvalho dan Rene Junior di Guangzhou, pemenang empat kejuaraan China Super League sebelumnya serta Liga Juara-Juara Asia pada 2013. Robinho hanya berlepas ke China pada Selasa, tiba dengan perpindahan percuma dari Santos, dan Scolari berkata apa yang dilakukan oleh penyerang pada hari ini akan meningkat apabila dia mulai cergas. – AFP