China mungkin perkenal dasar dua anak

China mungkin perkenal dasar dua anak

BEIJING, 23 Julai – China akan menggantikan dasar seorang anak yang kontroversi itu dengan dasar dua anak, menurut laporan akhbar tempatan hari ini, memetik sumber tanpa nama.

Hampir semua pasangan akan dibenarkan untuk memiliki dua anak selepas satu pengumuman dibuat lewat tahun ini atau awal tahun depan, laporan China Business News hari ini, memetik penyelidik di Suruhanjaya Perancangan Keluarga dan Kesihatan Negara.

Akhbar berpangkalan di Shanghai melaporkan bahawa seorang pegawai suruhanjaya yang meminta kebenaran untuk melanjutkan skim pilot tempatan di wilayah Shanxi telah memberitahu bahawa nanti semua rakyat China akan dibenarkan untuk mempunyai dua anak.

Bagaimanapun, seorang pegawai suruhanjaya di tengah wilayah China menafikan akan kesahihan maklumat itu, lapor South China Morning Post berpangkalan di Hong Kong hari ini.

Jika benar, reformasi itu akan mewakili kesenangan penting kedua dalam masa dua tahun dasar itu diperkenalkan pada 1979 yang mengutarakan masalah sosial, ekonomi dan alam sekitar.

Penduduk yang semakin tua, penurunan dalam tenaga buruh dan meningkatnya ketidakserataan gender telah mencetuskan kerajaan untuk mengumumkan hampir dua tahun lalu yang setiap ibu bapa dibenarkan untuk memiliki anak kedua. – dpa