China: Nelayan Filipina guna bom api

China: Nelayan Filipina guna bom api

BEIJING, 23 Mac (Reuters) – Nelayan Filipina telah melemparkan bom api ke kapal penguatkuasaan undang-undang China di Laut China Selatan, kata Kementerian Luar China kelmarin, selepas media Filipina melaporkan bahawa nelayan telah diserang dengan botol-botol yang dilemparkan dari kapal-kapal pengawal pantai China.

Laporan berkata pertembungan yang berlaku di Scarborough Shoal, iaitu tempat kawasan pengawasan rampasan China, selepas serangan tiga bulan dengan pengawal pantai Filipina pada tahun 2012.

Laporan itu menyatakan pengawal pantai Cina telah membaling botol pada nelayan Filipina, yang bertindak balas dengan batu-batu.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying berkata Scarborough Shoal yang dikenali oleh Beijing sebagai Pulau Huangyan Island itu adalah wilayah China yang mana nelayan Filipina telah membuat penangkapan ikan secara haram di tempat tersebut.

“Kapal rasmi China menasihatkan pukat tunda haram Filipina itu untuk meninggalkan tempat itu, dengan mengikut undang-undang, tetapi mereka menolak peraturan tersebut,” katanya pada taklimat berita harian tempatan.

“Mereka yang berada di kapal itu menggunakan parang dan melemparkan bom api, dengan sengaja menjalankan provokasi, menyerang penguat kuasa undang-undang China dan bot rasmi kerajaan, yang mana dihadapi oleh penguatkuasaan undang-undang China serta mengancam keselamatan dan ketenteraman perairan sekitar Kepualaun Huangyan,” kata Hua.

China telah memperkuatkan ‘pengurusan’ mereka di seluruh beting itu, tambah beliau. Jurucakap Kementerian Luar Filipina enggan mengulas, sementara menunggu laporan rasmi ‘dari agensi berkenaan’.

China dan Filipina telah lama bertelingkah mengenai Laut China Selatan itu. Jiran seperti Brunei, Malaysia, Filipina, Taiwan dan Vietnam juga mempunyai tuntutan kepulauan tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA