China pasaran...

China pasaran utama barangan makanan

LONDON, 5 Jan – China telah dikenal pasti sebagai salah satu pasaran utama selepas Brexit bagi makanan dan minuman Britain, menurut seorang menteri kerajaan semalam.

Andrea Leadsom, Setiausaha Negara Hal Ehwal Persekitaran, Perladangan dan Luar Bandar berkata makanan negara, perladangan dan perindustrian perikanan akan mempunyai peluang luar biasa untuk ‘berkembang maju.”

Leadsom, dalam ucapan pada persidangan perladangan di Oxford berkata tentang pasaran besar dunia di luar EU bagi makanan dan minuman Britain.

“Saya sendiri menyaksikan ini di China, yang mana wujud keinginan meningkat bagi makanan dan minuman Britain. Kini kita mempunyai pasukan eksport terbesar yang beribu pejabat di sana dan tahun lalu ia telah menyaksikan peningkatan besar dalam eksport Britain di China, meningkat lebih 50 peratus pada tahun 2015,” ujarnya. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA