China pecat 357 pegawai

China pecat 357 pegawai

BEIJING, 14 April (Agensi) – China telah memecat atau menurunkan pangkat 357 pegawai kerajaan tempatan atas prestasi lemah tatkala ia menghdapi dan mengendali kesan sampingan daripada skandal kesihatan awam di seluruh negara berhubung penjualan vaksin yang tidak dikendali dengan betul.

Selain daripada hukuman ke atas pegawai, Beijing telah mengarahkan langkah-langkah untuk memperketat penyeliaan simpanan dan pengedaran vaksin, lapor Agensi Berita Xinhua dan saluran media lain hari ini, memetik satu dokumen daripada Kabinet China, Majlis Negeri.

Pada keseluruhannya, 192 kes jenayah telahpun difailkan di seluruh negara dan 202 orang ditahan sebagai sebahagian daripada siasatan besar-besaran, yang mendapati 45 kumpulan terbabit dalam “perniagaan vaksin haram,” kata laporan media.

ARTIKEL YANG SAMA