China pelan bina loji nuklear terapung

China pelan bina loji nuklear terapung

BEIJING, 27 Jan – China merancang untuk membangunkan stesen tenaga nuklear terapung ketika ia berusaha untuk menggandakan kapasiti atomnya menjelang tahun 2020, kata seorang pegawai kanan hari ini.

Pihak berkuasa membuat perancangan itu bagi “stesen tenaga marin terapung”, yang akan melalui “demonstrasi ketat dan saintifik”, kata Xu Dazhe, pengerusi Pihak Berkuasa Tenaga Atom China.

“China menumpukan bagi membangunkan sendiri tenaga maritim dan kami pasti akan menggunakan sepenuh sumber lautan,” dia memberitahu sidang akhbar.

Penggunaan tenaga nuklear di laut adalah tidak diketahui – pengangkut pesawat dan misil kapal selam kerap dilengkapi dengan tenaga nuklear – tetapi melakukannya bagi kegunaan awam dilihat tidak pernah berlaku, walaupun projek Rusia dilaporkan sudah dalam pembinaan.

Beijing melibatkan perkembangan dua loji tenaga nuklear marin, yang akan dibangunkan oleh China General Nuclear Power Corporation (CGN) dan China National Nuclear Corporation (CNNC), dalam perancangan ke-13 bagi tempoh lima tahun bagi 2016-2020, kedua syarikat itu mengumumkan bulan ini.

Loji CNNC itu dijangka akan memulakan operasi pada 2019 dan CGN pada tahun berikutnya, menurut kenyataan mereka.

Mereka mungkin memberikan tenaga bagi minyak luar pantai dan platform penggerudian gas, perkembangan negara dan kawasan-kawasan pedalaman, kata kedua buah firma.

Beijing bertelagah bersama negara jiran termasuk Jepun dan Filipina terhadap perbalahan di Timur dan Laut China Selatan, dan mengejutkan pesaing dengan tuntutan besarnya dan pembinaan kemudahan di terumbu karang yang dipertikaikan.

China pada masa ini memiliki 30 reaktor nuklear yang beroperasi, dengan kapasiti 28.3 gigawatt, kata Xu.

Sebanyak 24 lagi reaktor boleh menjana 26.7 gigawatt yang masih dalam pembinaan, tambah Xu.

Beijing berkata ia berazam untuk meningkatkan kapasiti tenaga atomnya kepada 58 gigawatt pada 2020, apabila 30 gigawatt lagi dijadualkan di bawah pembinaan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA