China pembekal utama komoditi Vietnam

China pembekal utama komoditi Vietnam

HANOI, 27 Dis – Import dari China menyumbang kepada kira-kira 28.8 peratus daripada jumlah pendapatan import Vietnam pada 2015, menurut Pejabat Statistik Umum Vietnam (GSO).

Secara khusus, pada tahun 2015, Vietnam membelanjakan kira-kira AS$49.3 bilion, untuk mengimport produk dari China, satu pertambahan sebanyak 12.9 peratus tahun-ke-tahun, kata GSO, dalam satu laporan mengenai keadaan pembangunan ekonomi sosioekonomi pada 2015, disiar di laman webnya.

China masih menjadi pembekal utama komoditi kepada Vietnam.

Import jentera, alat dan alat ganti dianggarkan mencatat satu pertambahan 11.5 peratus tahun-ke-tahun, sementara komputer dan alat ganti dijangka bertumbuh sebanyak 15.2 peratus, kata GSO.

Mengenai eksport, pada tahun 2015, Vietnam menjual produk bernilai kira-kira AS$17 bilion ke China, satu peningkatan sebanyak 13.7 peratus tahun-ke-tahun, kata pejabat statistik Vietnam.

Eksport sayur dan buah-buahan ke China mungkin melihat pertambahan sebanyak 179 peratus pada tahun itu, sementara eksport tekstil dan pakaian dijangka berkembang sebanyak 41.5 peratus, dan kasut 48 peratus tahun-ke-tahun.

Pada keseluruhannya, Vietnam dianggarkan mencatat kira-kira AS$328 bilion dalam pendapatan perniagaan, dengan rakan asing, di mana import mencatat AS$165.6 bilion dan eksport AS$162.4 bilion.

Pendapatan perniagaan sektor domestik mencecah AS$114.9 bilion, sementara sektor pelaburan asing berjumlah AS$213.1 bilion, kata GSO. – NNN-VNA