China: Pengangkut pesawat udara sedia untuk bertempur

China: Pengangkut pesawat udara sedia untuk bertempur

BEIJING, 15 Nov – Pengangkut pesawat udara pertama China kini sudah bersedia untuk terlibat dalam petempuran, menandakan satu lagi hari bersejarah tentera laut yang telah melabur dalam kebolehan untuk melancarkan kuasa jauh dari pesisir China.

Komisar politik Liaoning berkata dalam satu temu bual dengan akhbar Global Times hari ini bahawa kapalnya ‘sentiasa bersiap sedia untuk memerangi musuh-musuh’, menandakan satu perubahan daripada status lampaunya sebagai satu platform bagi ujian dan latihan.

Komen Kapten Kanan Li Dongyou muncul untuk menunjukkan yang kapal itu telah memiliki kelengkapan aviasi penuh.

Dibeli sebagai sebuah kapal yang tidak lengkap dari Ukraine lebih sedekad yang lalu, ia telah digunakan pada 2013.

China tidak menggambarkan secara spesifik bagaimana ia akan menggunakan Liaoning, namun ia dilihat sebagai membantu memperkukuhkan tuntutannya di Laut China Selatan ekoran berdepan cabaran daripada Tentera Laut AS dan lainnya.

Liaoning juga dilihat sebagai satu platform latihan bagi pegawai dan kelasi yang bertugas di armada China.

China pada masa ini membina kapal keduanya, pengangkutan pesawat udara yang sepenuhnya dibina ‘tempatan’.– AP

ARTIKEL YANG SAMA