China perketat kawalan modal

China perketat kawalan modal

SHANGHAI, 10 Sept – China sedang memperketat kawalan modal ekoran satu penurunan nilai mata wang yuan, lapor Financial Times, tatkala kebimbangan mengenai aliran keluar dana meningkat.

Pentadbiran Tukaran Asing telah mengarahkan institusi kewangan supaya menambah pemeriksaan dan merangsang kawalan ke atas urus niaga tukaran asing, terutamanya pengeluaran invois berlebihan untuk eksport yang digunakan untuk menyembunyi aliran keluar modal, akhbar semalam memetik sumber tanpa nama dan memo dalaman sebagai berkata.

Pada bulan lalu, China mengurangkan yuan hampir lima peratus dalam seminggu, berkata ia adalah sebahagian daripada pembaharuan ekonomi yang lebih luas bertujuan beralih ke arah kadar tukaran yang lebih fleksibel.

Kadar mendadak dan skala penurunan nilai dalam unit yang stabil itu menimbulkan kebimbangan bahawa ekonomi kedua terbesar di dunia itu sedang mencatat prestasi yang lebih teruk daripada didedahkan.

Simpanan tukaran asing China merosot sebanyak $93.9 bilion pada bulan lalu untuk mencecah $3.56 trilion pada akhir Ogos, tatkala Beijing menjual dolar untuk menyokong yuan ekoran kebimbangan mengenai penurunan nilai mata wang yang mengejutkan itu.

Seorang pekerja memunggah makanan laut di pasar perniagaan makanan laut di Lianyungang, wilayah Jiangsu timur China pada 10 September. Walaupun China memperketat kawalan modal inflasi pengguna China telah meningkat 12 bulan pada Ogos, namun harga kilang jatuh pada kadar terpantas dalam masa enam tahun. – AFP
Seorang pekerja memunggah makanan laut di pasar perniagaan makanan laut di Lianyungang, wilayah Jiangsu timur China pada 10 September. Walaupun China memperketat kawalan modal inflasi pengguna China telah meningkat 12 bulan pada Ogos, namun harga kilang jatuh pada kadar terpantas dalam masa enam tahun. – AFP

Bank pusat, Bank Rakyat China (PBOC), berkata pada Selasa ia mewajibkan bank untuk membayar deposit 20 peratus untuk jualan awal tukaran asing, dalam satu tindakan yang disasarkan kepada spekulator.

Satu jualan lebih awal adalah satu komitmen untuk menjual pada harga dan tarikh yang ditetapkan lebih awal.

Namun dalam satu kenyataan, PBOC menafikan tindakan tersebut adalah bersamaan dengan kawalan modal kerana ia tidak menyekat jumlah urus niaga dan tidak memerlukan kelulusan untuk urus niaga individu.

Perdana Menteri China Li Keqiang berkata hari ini China akan mengekal kestabilan mata wang dan berjanji akan mendesak untuk menjadikan yuan boleh tukar secara bebas.

Beliau juga berjanji akan membenarkan bank pusat asing berniaga secara langsung dalam pasaran mata wang negara.

“Kami akan terus mengekal kestabilan kadar tukaran yuan pada tahap yang munasabah dan seimbang,” kata beliau dalam satu ucapan pada Forum Ekonomi Dunia di bandar Dalian di China. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA