China perlukan hubungan pertahanan dengan Vietnam

China perlukan hubungan pertahanan dengan Vietnam

BEIJING, 29 Mac (Reuters) – Tentera China dan Vietnam harus memperdalamkan tukaran, komunikasi dan persahabatan mereka, kata menteri pertahanan China ketika satu lawatan ke Hanoi, di tengah perbalahan wilayah di Laut China Selatan.

Tuntutan kedua-dua negara komunis ke atas Laut China Selatan meruncing pada tahun 2014, apabila Beijing menempatkan rig minyak di perairan di luar pantai Vietnam, membawa kepada rusuhan anti-China.

Sejak itu, mereka telah bertukar-tukar lawatan, termasuk satu lawatan oleh Presiden China Xi Jinping ke Hanoi pada tahun lalu. Bertemu dengan ketua Parti Komunis Vietnam Nguyen Phu Trong, Menteri Pertahanan China Chang Wanquan berkata kedua-dua pihak harus berusaha untuk mengekal hubungan rapat yang dijalin oleh pemimpin Mao Zedong dan Ho Chi Minh sebelum ini.

Kedua-dua tentera harus “meningkatkan penukaran peringkat tinggi dan komunikasi strategik, tingkat persahabatan, memperdalamkan tukaran pertahanan sempadan dan kerjasama praktikal mengenai misi pengaman PBB, penyelidikan akademik tentera dan industri pertahanan,” kata Chang, dalam satu kenyataan yang disiar lewat semalam oleh Kementerian Pertahanan.

Sementara tidak adanya pernyataan langsung mengenai Laut China Selatan, kementerian berkata komander armada Laut China Selatan China, Shen Jinlong, menghadiri mesyuarat tersebut.

Pada bulan lalu, ketegangan meningkat di antara kedua-dua negara berhubung kedaulatan wilayah di Laut China Selatan selepas pegawai Taiwan dan AS berkata Beijing telah menempatkan peluru berpandu permukaan bumi-ke-udara di Pulau Woody, sebahagian daripada kepulauan Paracel yang dikawal oleh China.

Vietnam menggelar tindakan China sebagai campur tangan serius ke atas kedaulatannya di Paracels.

ARTIKEL YANG SAMA