China protes kapal AS ceroboh pulau buatan

BEIJING, 11 Ogos – Beijing menyuarakan rasa tidak puas hati hari ini, selepas kapal perang Amerika Syarikat (AS) berlayar berhampiran sebuah pulau buatan yang menjadi pertikaian di Laut China Selatan.

Menurut jurucakap kementerian luar negara China, Geng Shuang, operasi itu mendorong tentera laut China untuk memberi amaran kepada kapal pemusnah AS itu.

Shuang berkata tindakan USS John S. McCain itu melanggar undang-undang China dan antarabangsa, mencemar kedaulatan ‘dengan serius’ dan keselamatan Negara.

“China sangat tidak berpuas hati dengan tindakan ini,” kata Shuang dalam satu kenyataan, sambil menambah Beijing akan menghantar bantahan rasmi kepada Washington.

Kapal pemusnah USS John S. McCain berlayar pada jarak enam batu nautika dari Mischief Reef, sebuah pulau buatan yang dibina China semalam, sebagai sebahagian daripada operasi ‘kebebasan belayar’, kata seorang pegawai AS.

Terumbu karang adalah sebahagian daripada Kepulauan Spratly yang dipertikaikan di Laut China Selatan dan menjadi rebutan pesaing antara China dan negara jiran.

Seorang pegawai AS yang enggan dikenali memberitahu wartawan bahawa frigat Cina menghantar amaran radio sekurang-kurangnya 10 kali kepada USS McCain.

“Mereka memanggil dan berkata, tolong berbalik, anda berada di perairan kami,” kata pegawai itu. “Kami memberitahu mereka bahawa kami menjalankan operasi rutin di perairan antarabangsa.”

Pegawai itu berkata interaksi tersebut ‘selamat dan profesional’ dengan operasi yang berlangsung selama enam jam dari awal hingga akhir tetapi Geng berkata operasi itu ‘membahayakan nyawa dengan serius’.

Kebebasan operasi navigasi adalah yang ketiga dilancarkan oleh Amerika Syarikat sejak Presiden Donald Trump  mengambil alih jabatan pada Januari.

Tindakan itu diambil empat hari selepas Amerika Syarikat, Australia dan Jepun mengecam pembuatan pulau dan ketenteraan di Laut China Selatan semasa forum keamanan ASEAN di Manila.

China mendakwa hampir semua laut, di mana AS$5 trilion pasaran perdagangan penghantaran tahunan menggunakan laluan itu dan dipercayai kaya dengan deposit minyak dan gas.

Tuntutan berkenaan bertindih dengan tuntutan Vietnam, Filipina, Malaysia dan Brunei serta Taiwan. Tetapi dalam beberapa tahun kebelakangan ini Beijing telah berjaya melemahkan rintangan serantau dengan memikat sesetengah anggota ASEAN.

Ahad lalu, China berjaya mempengaruhi beberapa pemimpin apabila menteri-menteri ASEAN mengeluarkan kenyataan dan bersetuju dengan terma-terma mengenai perbincangan mesyuarat di Manila. – AFP