China punya ‘hak’ ke atas Laut China Selatan

China punya ‘hak’ ke atas Laut China Selatan

BEIJING, 17 Nov (AFP) – Beijing mempunyai ‘hak dan kemampuan’ untuk merampas pulau Laut China Selatan yang dihuni oleh negara lain, kata diplomat tertinggi China hari ini, sebelum sidang kemuncak serantau yang dijangka membincang perairan yang dipertikaikan.

Beijing menuntut hampir kesemua Laut China Selatan dan berusaha untuk memantapkan kedudukannya dengan membina pulau tiruan yang berupaya menjadi tuan rumah kepada kemudahan tentera.

Vietnam, Filipina, Malaysia dan Taiwan mempunyai tuntutan bersaingan dan juga telah membina kemudahan lebih kecil di pulau yang dipertikaikan di Laut berkenaan.

Namun timbalan menteri luar Liu Zhenmin memberitahu satu taklimat: “Kerajaan China mempunyai hak dan keupayaan untuk mendapatkan semula pulau dan terumbu yang dihuni secara haram oleh negara jiran. Namun kami tidak melakukannya, kami mengamalkan sikap bersabar,” tambah beliau.

Tentera laut pemusnah USS Lassen menghampiri wilayah yang dipertikaikan di Laut China Selatan. – Reuters
Tentera laut pemusnah USS Lassen menghampiri wilayah yang dipertikaikan di Laut China Selatan. – Reuters

Pembinaan pulau oleh China telah menambah ketegangan dengan pihak menuntut bersaingan dan Amerika Syarikat. Beijing berkata ia berasa marah pada bulan lalu apabila USS Lassen belayar dalam jarak 12 batu nautika di salah sebuah pulau tiruan kecil di rangkaian Spratly.

Liu mempertahan pembinaan landasan kapal terbang yang cukup panjang oleh China untuk menempatkan jet tentera di salah sebuah pulau. China telah bertahun-tahun lamanya tidak menggalak negara Asia Tenggara daripada meneruskan tuntutan mereka.

Beijing berkata forum Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) yang diadakan di Manila pada minggu ini ‘bukan tempatnya’ untuk membincang isu berkenaan.