China punyai pasaran terbesar dalam ‘Panama Papers’

China punyai pasaran terbesar dalam ‘Panama Papers’

BEIJING, 7 April (AFP) – Hampir satu pertiga daripada perniagaan Mossack Fonseca, firma guaman di tengah skandal Kertas Panama, datang daripada pejabatnya di Hong Kong dan China, menurut laporan, sekaligus menjadikan syarikat Asia itu pasaran terbesarnya.

Syarikat kerangka yang ditubuhkan menerusi firma guaman Panama di Hong Kong dan China menyumbang kepada 29 peratus daripada syarikat aktif global, menurut Konsortium Wartawan Siasatan Antarabangsa (ICIJ), yang menyelaras siasatan selama setahun dalam 11.5 juta dokumen.

Siasatan mendapati saudara-mara sekurang-kurangnya lapan anggota Jawatankuasa Politburo China, badan paling berpengaruh parti pemerintah, telahpun terbabit dalam penggunaan syarikat luar pesisir.

Alat itu sendiri adalah sah dan boleh digunakan untuk keperluan perniagaan sah. Namun mereka lazim dipaparkan dalam kes rasuah, apabila mereka boleh digunakan untuk memindah wang yang diperoleh secara haram ke luar negara.

Di bawah Presiden Xi Jinping, Beijing telah melancarkan kempen anti-rasuah tetapi masih belum melaksana pembaharuan sistemik seperti deklarasi aset awam.

Seorang lelaki membaca akhbar yang memaparkan pemimpin China termasuk Presiden Xi Jinping (tengah) di muka hadapan akhbar tersebut semasa menghadiri majlis penanaman pokok, di kedai jualan akhbar berita di Beijing kelmarin. – AFP
Seorang lelaki membaca akhbar yang memaparkan pemimpin China termasuk Presiden Xi Jinping (tengah) di muka hadapan akhbar tersebut semasa menghadiri majlis penanaman pokok, di kedai jualan akhbar berita di Beijing kelmarin. – AFP

Abang ipar Xi dan ahli keluarga dua anggota Jawatankuasa Politburo (PSC), Zhang Gaoli dan Liu Yunshan, mempunyai pegangan luar pesisir, lapor ICIJ.

Saudara bekas anggota PSC Jia Qinglin, pernah menjadi pemimpin keempat tertinggi di China, Li Peng, yang memimpin tindakan keras Dataran Tiananmen, Hu Yaobang, bekas naib presiden Zeng Qinghong, dan Tian Jiyun dinamakan oleh Guardian, yang mengambil bahagian dalam siasatan.

Dokumen juga menamakan bintang filem Jackie Chan, jutawan Kelly Zong Fuli, dan jutawan gedung membeli-blah Shen Guojun. Media China telah mengelak melaporkan mengenai kebocoran dan rujukan telahpun dibatalkan daripada media sosial, dengan penyiar berita asing seperti BBC dikenakan pencegahan siaran apabila mereka melaporkan mengenai isu tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA