China, Qatar cari peluang

China, Qatar cari peluang

BEIJING, 5 Okt – China dan tuan rumah kejohanan 2022 Qatar akan bersaing untuk menghidupkan semula cubaan untuk mara ke Piala Dunia 2018 esok.

China, dengan satu mata selepas dua perlawanan setakat ini, akan menjadi tuan rumah kepada Syria di Xian, sementara Qatar akan menentang Korea Selatan yang dibintangi Son Heung-Min.

Juara Asia, Australia melalui dua perlawanan pertama mereka tetapi ia tidak bukanlah laluan mudah bagi pasukan Piala Dunia rantau lain itu.

Jepun, yang dikejutkan tewas 2-1 di tangan UAE dalam perlawanan pertama mereka, kembali menyengat dengan menewaskan Thailand dan mereka adalah pasukan pilihan apabila menentang Iraq di Saitama.

Korea Selatan dikejutkan setelah diikat seri 0-0 kepada Syria dalam perlawanan kedua mereka tetapi mereka akan dijangka akan menjejaskan cubaan Piala Dunia Qatar itu di Suwon.

Qatar bergelut untuk mara ke Piala Dunia pertama mereka sebelum mereka menghoskan perlawanan pada 2022, tetapi kekalahan kali ketiga akan meletakkan peluang mereka dalam keadaan tipis.

Mereka juga berdepan pergolakan dalaman selepas Jose Daniel Carreno dipecat dan digantikan awal bulan ini oleh Jorge Fossati dari Uruguay. – AFP