China rakan niaga penting PNG

China rakan niaga penting PNG

SYDNEY, 5 Julai – China merupakan salah satu rakan perdagangan paling penting Papua New Guinea, kata perdana menteri negara Pasifik itu dalam satu kenyataan hari ini ketika dia memulakan perjalanan bersama delegasi perniagaan ke Beijing bagi meningkatkan hubungan bilateral.

Perdana Menteri Papua New Guinea (PNG), Peter O’Neill tiba di Beijing pada Rabu atas undangan Perdana Menteri Li Keqiang dalam bidaan untuk memperkukuhkan ekonominya yang lembap dan menjalin hubungan rapat antara kedua-dua negara.

“China adalah salah satu rakan niaga paling penting bagi negara kami dan ia adalah menerusi penglibatan ini, kami akan meningkatkan pelaburan dan menjana pekerjaan,” kata O’Neill dalam satu kenyataan hari ini.

“Kami tidak sabar untuk menunggu rundingan dua hala yang akan diadakan.”

China sudah pun pelanggan besar dalam sumber asli PNG, namun O’Neill berusaha untuk mengembangkan hubungan dengan memasukan produk perikanan dan pertanian di samping memanfaatkan teknologi baru China bagi meningkatkan keefisienan produktiviti.

Ini termasuk teknologi pemprosesan makanan dan pertanian yang akan meningkatkan kapasiti pemprosesan dan pengeluaran di ladang, serta teknologi komunikasi yang boleh digunakan bagi acara besar, termasuk sidang kemuncak para pemimpin APEC yang dihoskan oleh PNG pada 2018.

“Syarikat-syarikat China telah mewujudkan satu perjanjian bagi produk teknologi yang sofistikated yang kami boleh gunakannya dalam PNG bagi kesan yang hebat,” kata O’Neill. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA