China ramal fenomena El Nino sederhana

China ramal fenomena El Nino sederhana

BEIJING, 29 Mei (Reuters) – Biro cuaca China mengatakan ia menjangka keadaan El Nino tahun ini akan mengakibatkan turunan hujan lebat di selatan dan mewujudkan keadaan seperti kemarau di utara, tetapi tidak seperti dalam tahun 1997-1998 tahap teruk fenomena ini akan sederhana.

“Keadaan ini akan berterusan hingga musim luruh, dengan kekuatan sederhana hingga kuat, tetapi tidak akan sekuat seperti keadaan ketika tahun 1997-1998 yang mana itu adalah yang paling kuat dalam tempoh sejarah,” Pentadbiran Meteorologi China berkata dalam satu laporan hari ini.

El Nino, kehangatan suhu permukaan laut di Lembangan Pasifik, boleh mengganggu cuaca di seluruh lautan. Dalam tahun 1997-1998, ia mengakibatkan banjir teruk di sepanjang Sungai Yangtze, China dalam separuh dekad, yang mengorbankan beribu-ribu orang apabila air sungai-sungai melimpah dari tebingnya dan memusnahkan tanaman.

Tahun ini, biro itu meramalkan banjir serius ketika musim panas di tengah Sungai Yangtze, kawasan utama kapas dan beras negara, dan juga kawasan-kawasan di sepanjang Sungai Songhuajiang di timur laut, kawasan utama beras dan jagung.

Majoriti utara China dan beberapa bahagian barat laut kemungkinan besar dilanda kemarau di musim panas, menurutnya lagi.

“Utara China mungkin mengalami suhu cuaca lebih tinggi dari biasa pada musim panas, tetapi cuaca panas teruk tidak akan bertahan lama atau melanda kawasan besar,” katanya lagi.

Keadaan El Nino, terbentuk dalam bulan Mei 2014, telah mengurangkan bilangan taufan di musim panas tahun lalu dan membawa kepada musim lebih panas ketika tahun 2014-2015, menurut laporan itu lagi.

Sejak musim bunga tahun ini, keadaan ini telah membawa kepada kemarau teruk di beberapa bahagian Guangdong dan Guangxi, kawasan utama pengeluar gula negara itu, menurutnya.

ARTIKEL YANG SAMA