China rancang khidmat tetap perkapalan ke Artik

China rancang khidmat tetap perkapalan ke Artik

SHANGHAI, 27 Okt (AFP) – Syarikat perkapalan terbesar China COSCO berhasrat melancarkan perkhidmatan tetap menerusi Lautan Artik ke Eropah, kata jurucakap hari ini, tatkala pemanasan global menjadikan laluan tersebut boleh dilaksanakan dan Beijing mempertingkat cita-citanya benua utara.

Industri milik kerajaan itu hanya menghantar sebuah kapal menerusi “Laluan Timur Laut” sebanyak dua kali, sekali pada tahun 2013 dan sekali lagi dalam satu pelayaran yang tamat pada bulan ini, lapor media negeri.

Kesatuan Eropah adalah rakan perniagaan terbesar China dan pelayaran menerusi Artik dan bukannya Lautan India akan mengurangkan masa pelayaran sebanyak sembilan hari, menurut laporan sebelumnya.

“Terdapatnya hasrat untuk membuka laluan tetap pada masa depan dan orang sedang membincangnya,” beritahu seorang jurucakap untuk subsidiari kumpulan COSCO Container Lines kepada AFP, tanpa memberikan jadual masa khusus.

Komen beliau keluar selepas agensi berita Xinhua melaporkan semalam bahawa pakar dan pegawai China telah mengalu-alukan laluan sebagai “pintu masuk emas” untuk perdagangan.

COSCO mengeluarkan satu kenyataan berkata syarikat akan “terus mempromosi pemulihan operasi untuk Laluan Timur Laut Artik.”

Pada awal bulan ini, kapal dagang COSCO Yong Sheng menamatkan pelayaran 55-hari di antara China dan Eropah menggunakan Laluan Timur Laut, kata Xinhua.

Kapal yang sama melakukan perjalanan pertama firma di laluan tersebut dua tahun lalu.

China tidak bersempadan dengan Artik dan tidak mempunyai tuntutan ke atas mana-mana wilayahnya, namun menyertai Majlis Artik sebagai pemerhati dua tahun lalu.

Pemerhati berkata Beijing mengiktiraf kawasan berkenaan berpotensi untuk menjadi penyelidikan saintifik dan nilai strategiknya.

ARTIKEL YANG SAMA