China rancang letak 5 satelit sains di angkasa

China rancang letak 5 satelit sains di angkasa

BEIJING, 1 Jun – China akan meletakkan lima satelit baru di ruang angkasa dalam masa kira-kira lima tahun sebagai sebahagian daripada program sains angkasa lepas yang berkembang pesat di negara itu, kata seorang saintis kanan hari ini.

Lima satelit itu termasuk misi bersama China-Eropah, akan menumpukan pada pemantauan aktiviti solar dan impak mereka ke atas persekitaran Bumi dan iklim ruang angkasa, penganalisisan air kitar semula dan kajian ke atas lubang gelap, menurut Pengarah Pusat Sains Angkasa Lepas Kebangsaan di bawah Akademi Sains China, Wu Ji.

Mereka dijangka akan membuat kejayaan besar dalam bidang ini, kata Wu. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA