China, Rusia bidas pelan AS

China, Rusia bidas pelan AS

BEIJING, 29 April – China dan Rusia hari ini membidas rancangan Amerika Syarikat (AS) untuk memasang sistem pertahanan peluru berpandu di semenanjung Korea, kurang 24 jam selepas Pyongyang melancarkan dua ujian roket yang dikatakan mampu sampai ke wilayah Amerika.

Siri-siri ujian peluru berpandu dan ledakan nuklear oleh Korea Utara telah mendorong Seoul dengan Washington tentang menempatkan Sistem Pertahanan Terminal Kawasan Altitud Tinggi sofistikated AS (THAAD), yang melepaskan peluncur untuk menghancurkan peluru berpandu pihak musuh.

Beijing bimbang kehadiran lebih banyak perkakasan AS sangat dekat dengannya akan seterusnya memberi kelebihan kuasa di Pasifik kepada Washington.

“Kami benar-benar bimbang dengan kemungkinan penempatan sistem THAAD AS di Korea Selatan,” Menteri Luar China Wang Yi berkata pada penerangan ringkas bersama rakan sejawatannya dari Rusia Sergei Lavrov yang mengadakan lawatan.

“Langkah itu di luar keperluan pertahanan sebenar negara-negara berkaitan,” kata Wang.

Wang Yi (kanan) mengadakan rundingan bersama Sergey Lavrov di Beijing, bandar China pada 29 April. – Xinhua
Wang Yi (kanan) mengadakan rundingan bersama Sergey Lavrov di Beijing, bandar China pada 29 April. – Xinhua

Dia menambah kata, “Ia akan secara langsung menjejaskan keselamatan strategik China dan Rusia jika ia ditempatkan.”

Lavrov menyelar Washington kerana menggunakan ujian Korea Utara sebagai ‘alasan, sebagai dalih’ untuk mengerahkan apa yang digelarkannya ‘pertahanan peluru berpandu antibalistik sejagat Washington’.

Ujian roket Korea Utara pada minggu ini telah gagal, tetapi Pyongyang kini membuat tiga usaha dalam tempoh dua minggu untuk menguji peluru berpandu Musudan, yang mampu menyerang pangkalan AS di pulau Pasifik, iaitu Guam.

“Situasi masa ini di semenanjung sudah tentu dalam tempoh sangat berbahaya,” kata Wang lagi.

Dia menambah kata pelaksanaan teratur resolusi PBB menegah Korea Utara dari memajukan sebarang teknologi berkaitan peluru berpandu balistik, adalah kunci kepada membawa negara itu ke meja rundingan.

China adalah rakan dagangan terbesar Korea Utara dan penyedia utama bantuannya. – AFP