China-Rusia meterai perjanjian nuklear minggu depan

China-Rusia meterai perjanjian nuklear minggu depan

BEIJING, 9 Dis – China dan Rusia akan memeterai perjanjian tenaga nuklear, penerbangan dan angkasa lepas minggu depan sempena kunjungan ke China oleh Perdana Menteri Rusia, Dmitry Medvedev, menurut seorang diplomat kanan China.

Medvedev akan berada di China untuk menghadiri kemuncak perdana menteri daripada Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO), blok keselamatan diketuai China dan Rusia, di Bandar Zhengzhou di bahagian tengah China.

Bagaimanapun Naib Menteri Luar China Cheng Guoping tidak memberikan butiran lanjut mengenai perjanjian yang akan ditandatangani dengan Medvedev.

Kumpulan SCO membabitkan China, Rusia dan bekas jajahan bekas republik Soviet termasuk Tajikistan, Uzbekistan, Kazakhstan dan Kyrgyzstan, sementara India, Pakistan, Iran, Afghanistan dan Mongolia bertindak sebagai pemerhati.

Medvedev juga akan melawat Beijing, dan bandar timur Hangzhou di mana beliau akan menghadiri Forum Internet, tambah Cheng.

China dan Rusia mempunyai hubungan rapat dalam perniagaan, keselamatan dan diplomatik.

Bulan lepas China bersetuju untuk membeli 24 jet pejuang Sukhoi Su-35 dari Rusia dalam perjanjian bernilai lebih AS$2 bilion. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA