China-Rusia mulakan latihan perang

China-Rusia mulakan latihan perang

BEIJING,12 Sept – China dan Rusia dijangka memulakan latihan perang di Laut China Selatan pada hari ini, kata kementerian pertahanan Beijing, dalam satu pertunjukan kekuatan selepas tribunal antarabangsa tidak mengesahkan tuntutan negara gergasi Asia itu ke atas kawasan berkenaan.

Latihan bersama lapan hari itu akan termasuk tumpuan pada ‘rampasan dan kawalan’ pulau dan beting, kata jurucakap tentera laut China Liang Yang dalam satu kenyataan.

Ia akan melibatkan kapal permukaan, kapal selam, pesawat udara sayap tetap, helikopter laut, kor marin dan peralatan perisai daripada kedua-dua tentera laut, kata beliau.

Persembahan Tentera Laut China di majlis pembukaan dengan ketibaan armada Rusia di pelabuhan di Zhanjiang, selatan Wilayah Guangdong, China kelmarin. – Xinhua
Persembahan Tentera Laut China di majlis pembukaan dengan ketibaan armada Rusia di pelabuhan di Zhanjiang, selatan Wilayah Guangdong, China kelmarin. – Xinhua

China menuntut hampir kesemua Laut China Selatan dan berusaha memperkukuh kesnya dengan membina beberapa siri pulau tiruan yang berupaya menampung kemudahan tentera.

Namun tribunal sokongan PBB memutuskan pada Julai bahawa mana-mana tuntutan ke atas laut tidak mempunyai asas sah dan pembinaan pulau tiruan oleh China di perairan yang dipertikaikan adalah tidak sah.

ARTIKEL YANG SAMA