China sahkan kes virus pertama Zika

China sahkan kes virus pertama Zika

BEIJING, 10 Feb – China mengesahkan kes import pertama Zika pada lewat malam semalam ketika kebimbangan memuncak terhadap virus yang cepat merebak itu dan dikaitkan dengan kecacatan pada anak damit yang baru lahir terutama di Amerika Latin.

Beberapa kes penyakit berkaitan nyamuk dilaporkan di Asia tetapi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan darurat global untuk memerangi Zika memandangkan kes merebak di merata tempat.

Pegawai di China berkata, lelaki berusia 34 tahun disahkan dijangkiti virus itu selepas pulang dari Venezuela pada 28 Januari lalu dan dilaporkan mengalami, demam, sakit kepala dan pening.

Suruhanjaya Kesihatan dan Perancang Keluarga Kebangsaan menyatakan lelaki dari daerah Ganxian di tenggara wilayah Jiangxi itu kini semakin pulih dengan suhu badan pada tahap normal dan kesan ruam semakin hilang.

Dia melancong dari Hong Kong dan Shenzhen dan sudah dikuarantin dan dirawat di hospital Ganxian sejak 6 Februari lalu. – AFP

Seorang lelaki berusia 34 tahun dari daerah Ganxian, di tenggara wilayah Jiangxi,  disahkan dijangkiti virus itu selepas pulang dari Venezuela pada 28 Januari lalu dan dilaporkan mengalami, demam, sakit kepala dan pening. Gambar menunjukkan jentik-jentik nyamuk Aedes aegypti. - AFP
Seorang lelaki berusia 34 tahun dari daerah Ganxian, di tenggara wilayah Jiangxi, disahkan dijangkiti virus itu selepas pulang dari Venezuela pada 28 Januari lalu dan dilaporkan mengalami, demam, sakit kepala dan pening. Gambar menunjukkan jentik-jentik nyamuk Aedes aegypti. – AFP