China sahkan siasat suspek Jepun

China sahkan siasat suspek Jepun

BEIJING, 31 Julai – Beijing mengesahkan bahawa ia sedang menyiasat seorang suspek rakyat Jepun yang ‘mengancam keselamatan kebangsaan China,’ susulan laporan Jepun bahawa dia sudah ditahan, masalah terbaru dalam hubungan menjengkelkan antara kedua-dua buah negara itu.

Kementerian Luar mengesahkan dalam satu kenyataan dipetik oleh akhbar Global Times lewat semalam, namun tidak menyatakan dengan khusus bahawa dia sudah ditahan.

Dakwaan membahayakan keselamatan sering kali digunakan dalam kes-kes pengintipan yang disyaki. Kementerian mengatakan kedutaan Jepun sudah pun dimaklumkan mengenai kes itu.

Terdapat beberapa laporan dalam media Jepun semenjak pertengahan Julai mengenai kehilangan lelaki itu. Akhbar harian Nikkei Business mengenal pastinya sebagai ketua organisasi bekerja untuk memperbaiki hubungan kedua-dua buah negara.

Dia dijadualkan mengadakan kunjungan kerja empat hari ke Beijing namun tidak pulang dan belum lagi menjawab bila ditelefon, agensi berita Jepun, Kyodo mengatakan semalam, memetik sumber kerajaan dan sumber lain.

Jurucakap tertinggi kerajaan Jepun, Yoshihide Suga menafikan negaranya terbabit dalam pengintipan ‘ke atas mana-mana negara,’ tambah Kyodo.

Pihak berkuasa Jepun awal tahun ini memberkas empat orang Jepun kerana disyaki mengintip.

Kedua-dua buah negara sudah pun mengambil langkah-langkah perlu selama lebih setahun untuk memperbaiki hubungan yang masih lagi dibelenggu ketegangan legasi Perang Dunia ke-2 dan juga pertikaian maritim.

Hubungan bagaimanapun masih lagi tegang dan tuduhan China bagi pengintipan oleh Jepun, menjadi sumber baru pergeseran. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA