China sahkan Zika mikrosefali

China sahkan Zika mikrosefali

BEIJING, 12 Mei (Xinhua) – Ahli sains China semalam mengumumkan hubungan langsung pertama yang mengaitkan virus Zika dengan mikrosefali dalam uji kaji tikus.

Mikrosefali adalah satu keadaan perubatan di mana perkembangan otak yang tidak normal dalam janin atau anak damit menyebabkan kepala menjadi lebih kecil daripada biasa. Satu pertambahan mendadak dalam kes mikrosefali di kalangan anak damit yang baru lahir ditemui di Brazil dan tempat lain tatkala virus Zika merebak di rantau berkenaan. Dalam kebanyakan kes, ibu kepada anak damit yang menghidapi mikrosefali telah pun dijangkiti dengan virus Zika.

Ahli sains telah mengesyaki hubungan yang erat di antara jangkitan Zika dan mikrosefali, tetapi tidak mempunyai sebarang bukti langsung untuk mengesahkannya. Penemuan baru itu dicatat dalam projek penyelidikan usaha sama yang dijalankan oleh kumpulan yang dipimpin oleh Xu Zhiheng di Institut Genetik dan Pembangunan Biologi Akademi Sains dan Qin Chengfeng bersama Institut Microbiologi dan Epidemiologi di bawah Akademi Tentera Sains Perubatan.

Xu Zhiheng bersama Institut Genetik dan Biologi Perkembangan Akademi Sains China memperkenalkan penyelidikan bersama mereka kepada media di Beijing. – Xinhua
Xu Zhiheng bersama Institut Genetik dan Biologi Perkembangan Akademi Sains China memperkenalkan penyelidikan bersama mereka kepada media di Beijing. – Xinhua

Ahli sains menyuntik jenis virus Zika, yang diasingkan daripada seorang pesakit China, ke dalam otak janin tikus. Menurut Xu, virus Zika bertambah dengan cepat dalam otak janin tikus dan menjangkiti sel asas saraf, menyebabkan peningkatan luar biasa dan pembezaan sel asas saraf dan kematian sel saraf.

Tikus yang dilahirkan menggambarkan ciri-ciri mikrosefali dan didapati mempunyai kecacatan genetik. Penyelidikan ahli sains China memberikan model haiwan pertama untuk mengkaji virus Zika. Hasil dapatannya disiarkan online dalam jurnal “Sel Asas Sel” hari ini.

“Kami berharap model itu dapat digunakan dalam ujian ubat dan vaksin, membantu dengan pencegahan dan rawatan jangkitan Zika,” kata Qin.