China salur bantuan ke Myanmar

China salur bantuan ke Myanmar

YANGON, Myanmar, 16 Ogos (Agensi) – Bantuan kemanusiaan kecemasan dari kerajaan China, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon semalam, bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Myanmar.

Bantuan tersebut bernilai AS$1.63 juta, merangkumi sejumlah besar bot moto, yang akan digunakan dalam operasi menyelamat di kawasan-kawasan yang dilanda banjir di negara itu.

Misi bantuan China tersebut, diketuai oleh Duta Hong Liang, yang sebelumnya telah mendermakan bantuan bernilai AS$300,00, kepada kawasan-kawasan yang dilanda banjir rantau Sagaing dan Magway, dan juga Negeri Rakhine.

Kerajaan wilayah Yunnan barat daya China juga telah memberikan bantuan bernilai AS$395,081 kepada Myanmar di Mandalay baru-baru ini.

Sementara itu, Pertubuhan Perusahaan Cina di Myanmar dan dua syarikat perlombongan tembaga, Jumaat lepas telah mendermakan bantuan kecemasan bernilai AS$40,000, termasuk beras dan minyak kepada 4,617 perumahan dari 32 kampung di Monywa, Rantau Sagaing.

Beberapa bantuan telah diterima oleh penduduk yang terjejas oleh banjir. – Reuters
Beberapa bantuan telah diterima oleh penduduk yang terjejas oleh banjir. – Reuters

Pada masa ini, dua kumpulan Pasukan Penyelamat Blue Sky Cina menjalani operasi-operasi menyelamat di kawasan-kawasan yang dilanda banjir di negara itu, termasuk negeri Rakhine, satu daripada empat yang diisytiharkan zon bencana.

Menurut angka yang dikemas kini dari Kementerian Kebajikan Masyarakat, Bantuan dan Penempatan Semula, jumlah kematian daripada banjir teruk sejak Jun telah meningkat lebih daripada 106 orang di Myanmar, dengan negeri Rakhine dilanda paling teruk dan menjejaskan 1.3 juta orang di seluruh negara itu.

Banjir teruk itu telah membanjiri lebih dari 572,374 hektar ladang tanah, yang mana 213,974 hektar darinya telah musnah, termasuk 117,943 hektar di negeri Rakhine, menurut angka tersebut.

Di seluruh negara, terdapat 14 rantau dan negeri telah terjejas; empat daripadanya – Rakhine, Chin, Sagaing dan Magway telah diisytiharkan sebagai zon bencana pada 31 Julai. Kebanyakan rumah-rumah, ladang, landasan kereta api, jambatan dan jalan telah mengalami kerosakan.

ARTIKEL YANG SAMA