China sekat ahli meteorologi amatur

China sekat ahli meteorologi amatur

BEIJING, 1 Mei (dpa) – Satu pengharaman ke atas individu atau pertubuhan daripada mengeluarkan ramalan cuaca tidak rasmi, untuk mengelak orang ramai daripada berasa panik, berkuatkuasa di China hari ini.

Pesalah akan berdepan denda sehingga 50,000 yuan kerana mengeluarkan amaran tidak rasmi menyebar maklumat palsu, menurut peraturan yang diumumkan di Internet oleh Pentadbiran Kaji Cuaca China pada 13 Mac.

Pesalah menghadapi dakwaan jenayah jika pengumuman mengakibatkan kehilangan harta atau bencana.

Satu amaran palsu mengenai satu taufan besar yang menghampiri wilayah timur China Fujian tersebar luas pada Mac di media sosial tempatan, lapor akhbar Global Times, membawa kepada pembatalan rancangan perjalanan.

Sejak Presiden Xi Jinping berkuasa pada awal 2013, Parti Komunis telah menyelia satu kempen besar-besaran untuk meletak internet China di bawah kawalan kerajaan yang lebih ketat menggunakan mesin penapisan paling canggih di dunia.

Dalam laporan tahunannya yang dikeluarkan pada Rabu, pertubuhan pemerhati bebas Freedom House memetik tindakan keras ke atas media sosial sebagai penyumbang kepada ranking paling rendah untuk kebebasan berakhbar sejak 1990.

ARTIKEL YANG SAMA