China sekat minoriti daripada berpuasa

China sekat minoriti daripada berpuasa

BEIJING, 6 Jun – China telah menandakan permulaan Ramadan dengan tegahan lazimnya ke atas kakitangan awam, para pelajar dan kanak-kanak di rantau Islam itu daripada ikut serta berpuasa, menurut laman web kerajaan ketika bulan suci bermula hari ini.

Parti pemerintah Komunis China berfahaman ateis dan selama bertahun-tahun telah menegah kakitangan kerajaan dan kanak-kanak daripada berpuasa di Xinjiang, rumah kepada lebih 10 juta puak minoriti Islam Uighur. Ia juga mengarahkan restoran-restoran untuk beroperasi seperti biasa.

Rantau itu sering melihat pertempuran biasa antara puak Uighur dan pasukan keselamatan kerajaan, dan Beijing telah menyalahkan serangan maut di sana dan tempat lain di China ke atas militan yang mencari kebebasan bagi rantau sumber kaya itu.

Kumpulan hak asasi kemanusiaan menyalahkan ketegangan ke atas pengehadan beragama dan budaya yang dikenakan terhadap Uighur dan minoriti Islam lain di kawasan luas terbentang, yang bersempadan dengan Asia Tengah.

Beberapa jabatan kerajaan di Xinjiang menyiarkan makluman dalam laman web mereka pada minggu lalu mengarahkan penyekatan berpuasa semasa Ramadan.

“Anggota parti, kader, kakitangan awam, para pelajar dan kanak-kanak tidak perlu berpuasa pada Ramadan dan tidak mengambil bahagian dalam kegiatan keagamaan,” menurut notis yang disiarkan pada Khamis pada laman web bandar Korla, tengah Xinjiang.

“Semasa bulan Ramadan, perniagaan makanan dan minuman tidak akan ditutup,” tambahnya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA