China selar laporan pertahanan AS

China selar laporan pertahanan AS

BEIJING, 15 Mei (Agensi) – China menyelar laporan tahunan Jabatan Pertahanan AS tentang ketenteraan China hari ini, dengan menyifatkannya putar belit yang disengajakan yang telah teruk merosakkan kepercayaan antara satu sama lain.

Dalam laporan tahunannya kepada Kongres berhubung kegiatan tentera China, Jabatan Pertahanan AS Jumaat lalu Jabatan Pertahanan berkata bahawa China dijangka menambah infrastruktur tentera cukup besar, termasuklah sistem perhubungan dan pengawasan, ke kepulauan buatan di Laut China Selatan tahun ini.

Jurucakap Kementerian China Yang Yujun melahirkan ‘ketidakpuasan hati yang amat sangat’ dan ‘tentangan keras’ terhadap laporan Pentagon dan berkata ia telah ‘menjejaskan teruk kepercayaan antara satu sama lain, lapor agensi berita kerajaan, Xinhua.

Laporan itu ‘mengembar-gembur’ ancaman ketenteraan China dan ketiadaan ketelusan, ‘dengan sengaja memutar belitkan dasar pertahanan China dan ‘dengan tidak adil’ memaparkan kegiatan China di di Laut China Selatan dan Timur, Yang dipetik sebagai berkata.

Salah sebuah pulau yang dipertikaikan di Laut China Selatan. - AFP
Salah sebuah pulau yang dipertikaikan di Laut China Selatan. – AFP

“China mengikut dasar pertahanan kebangsaan yang pertahanan semula jadi,” Yang berkata, dengan menambah lagi bahawa pembinaan ketenteraan negara dan reformasi bertujuan mengekalkan kedaulatan, keselamatan dan integriti wilayah dan menjamin pembangunan aman China.

Yang berkata AS yang selalu mencurigai dan menggerak-gerakkan kekuatan tenteranya dengan kerap menghantar pesawat udara tentera dan kapal perang ke rantau itu.

Di sebalik desakannya bagi kebebasan pengemudian dan sekatan bagi keamanan, AS mengemukakan penenteraan Laut China Selatan dengan ‘niat untuk menggunakan hegemoni,” tambahnya lagi.

ARTIKEL YANG SAMA