China sumber pelaburan asing terbesar Australia

China sumber pelaburan asing terbesar Australia

SYDNEY, 1 Mei (AFP) – China telah memintas Amerika Syarikat untuk kali pertamanya sebagai sumber pelaburan asing terbesar Australia, menurut data rasmi, memperuntukkan Aus$27.7 bilion pada 2013-14 tatkala pembelian hartanah bertambah lebih daripada dua kali ganda.

Perbelanjaan negara ekonomi Asia di Australia untuk tahun ini berakhir 30 Jun 2014 jauh melebihi Aus$17.5 bilion dari Amerika Syarikat – yang merupakan pelabur terbesar selama lebih satu dekad – dan Aus$15.4 bilion dari Kanada, kata Lembaga Kajian Pelaburan Asing (FIRB) dalam laporan tahunannya.

Pertambahan China adalah didorong oleh Aus$12.4 bilion dalam pelaburan yang diluluskan dalam harta, kata laporan yang dikeluarkan semalam. Ia berbanding dengan Aus$5.9 bilion dalam tahun kewangan sebelumnya. “Untuk kali pertama, China adalah sumber terbesar pelaburan asing di Australia, terutamanya didorong oleh pertambahan besar dalam hartanah perumahan,” kata laporan.

Laporan baru menyusuli tindakan kerajaan Australia pada Februari untuk menguatkuasa peraturan pelaburan asing tatkala kebimbangan meningkat bahawa pembeli asing sedang menyingkir pencari rumah tempatan daripada pasaran.

Pelaburan China untuk 2013-14 juga termasuk Aus$3.3 bilion dalam sektor pengeluaran, Aus$5.7 bilion dalam perlombongan dan Aus$6.2 dalam perkhidmatan.

Mengakhiri lima pelabur asing terkenal adalah Malaysia pada Aus$7.2 bilion dan Singapura pada Aus$7.1 bilion. Kerajaan Australia pada Februari memperkenalkan pelan untuk bertindak keras ke atas pembelian harta yang haram dan mengenakan bayaran permohonan ke atas semua pelaburan asing.

Warga asing, kebanyakan dari China, telah dipersalahkan kerana menaikkan harga dalam pasaran harta Australia, terutamanya Sydney dan Melbourne, dan menyebabkan pemilikan rumah tidak mampu dibeli oleh kebanyakan penduduk tempatan.

Pada Mac, kerajaan mengarahkan Kumpulan Harta Tanah Evergrande di China supaya menjual kediaman Sydney bernilai Aus$39 juta, berkata ia dibeli secara haram di bawah peraturan pelaburan asing.

Laporan tahunan FIRB berkata keseluruhan pelaburan asing yang diluluskan dalam hartanah perumahan pada 2013-14 adalah Aus$34.7 bilion daripada Aus$17.2 bilion dalam tempoh yang sama sebelumnya.

ARTIKEL YANG SAMA