China tak mahu Korea Utara timbulkan ketegangan

China tak mahu Korea Utara timbulkan ketegangan

BEIJING, 5 Feb – China menegaskan kepada Korea Utara bahawa ia tidak mahu melihat sesuatu berlaku sehingga boleh menimbulkan ketegangan selepas Pyongyang mengumumkan rancangan melancarkan satelit tidak lama lagi, kata menteri luar China.

Korea Utara berkata, ia mempunyai hak untuk meneruskan program angkasa lepas, walaupun Amerika Syarikat dan kerajaan lain mengesyaki pelancaran roket itu sebenarnya adalah ujian peluru berpandu dan menggesa Pyongyang membatalkan rancangan itu.

Pegawai Amerika Syarikat berkata, rejim komunis itu dipercayai membuat persiapan untuk melakukan ujian pelancaran roket jarak jatuh berikutan aktiviti di lokasi ujian terdahulu dipantau satelit.

Pyongyang memberitahu agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Selasa lalu, ia merancang melancarkan satelit di antara 8 dan 25 Februari ini. Ketegangan semakin memuncak di Asia Timur bulan lalu selepas Korea Utara melancarkan ujian nuklear keempat, kali ini apa yang dikatakan bom hidrogen.

Menteri Luar China, Wang Yi berkata, menjadi perkara biasa bagi Beijing menghantar wakil khasnya, Wu Dawei, ke Korea Utara berhubung isu nuklear dalam apa yang disifatkannya sebagai ‘keadaan serius.’

Wu Dawei ketika tiba di Pyongyang awal minggu ini. – Reuters
Wu Dawei ketika tiba di Pyongyang awal minggu ini. – Reuters

Katanya, China perlu berhubung dengan semua pihak, merujuk kepada Amerika, Korea Selatan dan Russia. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA