China tambah bajet pertahanan

China tambah bajet pertahanan

BEIJING, 4 Mac (AFP) – China akan menambah perbelanjaan pertahanannya dengan tujuh hingga lapan peratus tahun ini, menurut seorang pegawai tertinggi hari ini, pertambahan lebih kecil daripada pertambahan angka berganda yang sebelumnya ketika Beijing menginginkan ketenteraan lebih efisien.

Pada waktu yang sama kuasa yang ditingkatkan menambah tanggung jawab ketenteraannya dan menegaskan tuntutan wilayahnya di Laut China Selatan, yang menambah ketegangan dengan jiran-jirannya dan dengan Washington.

“Belanjawan ketenteraan China akan terus bertambah tahun ini tetapi perbezaan akan lebih rendah dari tahun lalu dan tahun-tahun sebelumnya,” kata Fu Ying, jurucakap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC), parlimen yang mengawal Komunis.

“Anggarannya kira-kira antara tujuh dan lapan peratus.”

Pertambahan sebenar akan diumumkan esok pada perasmian NPC, Fu memberitahu para pemberita.

Gambar fail yang diambil pada 3 September 2015 menunjukkan kenderaan tentera China membawa peluru berpandu balistik DF-26 ketika menyertai perarakan tentera di Medan Tiananmen di Beijing. China akan meningkatkan perbelanjaan pertahanannya kira-kira tujuh ke lapan peratus tahun ini. – AFP
Gambar fail yang diambil pada 3 September 2015 menunjukkan kenderaan tentera China membawa peluru berpandu balistik DF-26 ketika menyertai perarakan tentera di Medan Tiananmen di Beijing. China akan meningkatkan perbelanjaan pertahanannya kira-kira tujuh ke lapan peratus tahun ini. – AFP

Pertambahan yang kurang dibuat ketika China di bawah Presiden Xi Jinping yang ingin membentuk Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) yang lebih efisien dan efektif, tentera tetap terbesar di dunia.

Ia mendedahkan struktur ketenteraan yang disusun semula pada awal tahun ini, dengan menubuhkan kawalan menyeluruh tentera baru dan Pasukan Roket untuk mengawasi peluru berpandu strategiknya.

Pada perarakan besar tentera di Beijing tahun lalu untuk memperingati ulang tahun ke-70 kekalahan Jepun dalam Perang Dunia II, Xi mengumumkan PLA akan dikurangkan dengan 300,000 kakitangan.

Perarakan itu juga menyaksikan lebih dua belas buah peluru berpandu balistik anti kapal ‘carrier-killer’ yang diarak melalui jalan raya di ibu negara, dengan televisyen kerajaan menggelarnya ‘muslihat’ dalam konflik berpotensi dan ‘salah satu senjata China dalam perang asimetri.

Para penganalisis berkata bagi sebahagian kos pengangkut pesawat udara – selama berdekad-dekad tulang belakang kemampuan Washington untuk menonjolkan kuasa di seluruh dunia – peluru berpandu DF-2ID mengancam akan mengubah keseimbangan ketenteraan di Pasifik.

Pada perarakan itu, Xi berkata tentera-tentera China akan ‘menjalankan misi mulia mempertahankan keamanan dunia,” benar-benar melindungi keselamatan negara, dan tidak akan ‘mencari hegemoni’.

Hari ini Fu berkata negara ‘meneruskan pembaharuan ketenteraan’ untuk mencapai matlamat itu.

Belanjawan tentera ditentukan oleh keperluan pertahanan dan situasi ekonomi kebangsaan China, tambahnya – negara menyaksikan pertumbuhannya yang paling lemah dalam tempoh suku abad tahun lalu.

ARTIKEL YANG SAMA