China tangkap 11 berhubung tanah runtuh

China tangkap 11 berhubung tanah runtuh

BEIJING, 1 Jan (Reuters) – Pihak berkuasa China secara rasminya telah menangkap 11 orang atas peranan mereka berkaitan tanah runtuh yang membawa maut bulan lalu di selatan Shenzhen dan mendakwa mereka cuai kerana mengakibatkan kemalangan serius, menurut agensi berita rasmi Xinhua.

Kerajaan telah menyalahkan pelanggaran ke atas peraturan keselamatan pembinaan ke atas bencana pada 20 Disember itu, apabila sebuah kawasan tempat pembuangan melimpah dan menyelubungi 33 buah bangunan. Ia telah memulakan penyiasatan.

Sekurang-kurangnya 12 orang telah disahkan maut sementara 62 lagi hilang, menurut Xinhua lewat kelmarin.

Seramai 11 orang ditangkap termasuk seorang perwakilan perundangan dan timbalan pengurus besar Pembangunan Pelaburan Shenzhen Yixianglong, yang menguruskan tempat pembuangan itu, dan para pegawai yang sepatutnya menyelianya, tambah laporan, memetik pendakwa raya Shenzhen.

Mereka telah didakwa dengan kesalahan cuai mengakibatkan kemalangan serius, dan pendakwa raya telah menggesa polis untuk mengesan suspek lain secepat yang mungkin, menurut Xinhua.

Ia tidak menghuraikan lebih lanjut. Panggilan ke Shenzhen Yixianglong untuk mendapatkan komen, tidak berjawab.

Bencana itu adalah kemalangan maut terbaru yang menimbulkan persoalan tentang standard keselamatan industri China dan kekurangan pengawasan selama bertahun-tahun atas pertumbuhan ekonomi pesat.

ARTIKEL YANG SAMA