China tangkap dua ‘pengganas’ di Wenzhou

China tangkap dua ‘pengganas’ di Wenzhou

SHANGHAI, 24 Julai – Polis China telah menangkap dua lelaki bersama bahan letupan di bandar Wenzhou hari ini, menurut pihak berkuasa, menyifatkan mereka sebagai anggota sebuah ‘kumpulan jenayah, pengganas, berbahaya’.

Kedua-duanya yang ditangkap polis awal hari ini, telah ditemui bersama bahan letupan, pisau dan senjata lain, menurut bandar kerajaan Wenzhou dalam satu kenyataan ringkas dalam mikroblog yang disahkan.

Menurut kenyataan itu lagi, kes itu masih lagi disiasat, dengan tidak mengesahkan kumpulan lelaki berkenaan mahupun menyatakan warganegara atau etnik mereka.

Rantau Xinjiang barat jauh China, rumah kepada minoriti Islam Uighur, menyaksikan keganasan sekali-skala yang disalahkan oleh pihak berkuasa ke atas pemisah Islam, yang telah merebak ke kawasan tengah Han.

Wenzhou terletak di timur China dan hampir 3,000km jauhnya dari Xinjiang.

Pada Isnin, media kerajaan mengatakan polis telah menangkap seorang puak Uighur yang kembali dari kem latihan di Syria dan merancang serangan bom ke atas sebuah pusat beli-belah di bandar utara Shijiazhuan.

Dilxat Raxit, seorang jurucakap bagi kumpulan buangan, World Uyghur Congress, memberitahu AFP, dia tidak dapat memastikan sama ada dua lelaki yang ditangkap di Wenzhou itu adalah Uighur. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA