China tangkap empat orang awam jual rahsia ketenteraan

China tangkap empat orang awam jual rahsia ketenteraan

BEIJING, 15 Julai – China telah menangkap empat orang awam yang bekerja di sebuah firma pertahanan kerana menjual rahsia tentera kepada agensi-agensi perisikan asing, lapor media kerajaan hari ini, siri terbaru bagi penangkapan berkaitan pengintipan.

Para pekerja pertahanan disyaki mendedahkan rahsia mengenai ujian, pengeluaran dan kegunaan senjata baru yang berteknologi tinggi, China Radio International mengatakan dalam satu laporan online, memetik agensi keselamatan negara di wilayah barat daya Sichuan.

Mereka juga mencari jurutera pertahanan untuk diperkenalkan kepada ‘perisikan luar negara’, tambah laporan itu lagi.

Keempat-empatnya tidak mengenali antara satu sama lain walaupun mereka bekerja di syarikat yang sama, menurut laporan itu. Ia tidak mengatakan secara spesifik agensi perisikan asing mana keeempat-empat mereka telah beri maklumat itu, namun memetik laporan media tempatan yang mengatakan ejen-ejen itu telah mendekati mereka melalui media sosial.

Pada November, seorang lelaki telah ditangkap di bandar pantai Qingdao kerana mengambil gambar sebuah pangkalan pengangkutan pesawat dan menjualnya kepada orang asing. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA