China tangkap lelaki sebar angin

China tangkap lelaki sebar angin

BEIJING, 5 Julai (Reuters) – Pihak berkuasa China telah menangkap seorang lelaki yang dipercayai menyebarkan khabar angin tentang orang ramai di Beijing telah melompat dari bangunan atas tindak balas terhadap kejatuhan pasaran saham, menurut laporan televisyen hari ini.

Lelaki berusia 29 tahun, bernama Tian, telah ditahan kerana ‘berkelakuan tidak senonoh’, menurut China Central Television.

Dia dipercayai menulis dalam media sosial pada 3 Julai bahawa “disebabkan pasaran saham jatuh, segelintir orang ramai telah melompat daripada bangunan Financial Street Beijing,” sebuah pembangunan komersial di pusat bandar yang menempatkan banyak institusi kewangan.

Kenyataan mengenainya tidak dapat ditemui hari ini dan mungkin telah pun dihapuskan oleh bahagian penapisan yang mengawal ketat tentang apa yang diperkatakan dalam media sosial China.

Indeks Komposit Shanghai, China telah kerugian sekitar 30 peratus nilainya sejak tiga minggu lalu, satu penamatan dramatik kepada pemulihan menakjubkan pada masa yang sama yang menyaksikan ia lebih daripada berganda dalam masa hanya tujuh bulan, dicetuskan oleh pemotongan kadar faedah rasmi.

ARTIKEL YANG SAMA