China tawar Iran peningkatan teknikal

China tawar Iran peningkatan teknikal

BEIJING, 24 Sept (AFP) – Seorang pegawai China telah menawarkan Iran bantuan dengan meningkatkan teknologi perkilangan bagi merangsang ekonominya, mengatakan bahawa dua negara itu adalah rakan baik yang pernah menempuh ketegangan bersama, menurut kerajaan hari ini.

Zhang Yi, ketua Suruhanjaya Pentadbiran dan Penyeliaan Aset milik Kerajaan berada di Iran dalam lawatan tiga hari sebagai seorang utusan khas bagi kerajaan China. Suruhanjaya itu merupakan badan peringkat kementerian yang menyelia langsung 112 industri dan perkhidmatan konglomerat kerajaan pusat.

Dalam satu kenyataan di mikroblog Weibo, suruhanjaya mengatakan Zhang telah bertemu dengan syarikat-syarikat China dan Iran di Tehran semalam, memberitahu mereka yang China adalah rakan Iran terbaik bagi pembinaan infrastruktur dan perkilangan.

“Syarikat-syarikat China boleh membantu pihak Iran untuk meningkatkan tahap teknologi perkilangannya, menguatkuasakan peningkatan dan penggantian,” menurut kenyataan itu.

“Selepas berdekad-dekad pembangunan, China sudah mulai kukuh dalam perkilangan. Tambahan pula kerjasama China-Iran sudah lama berlarutan dan mantap. Kedua-duanya mempunyai kerjasama rapat dan pernah menempuh kegamatan bersama, yang merupakan faedah yang besar,” tambahnya.

“China adalah rakan Iran yang paling sesuai bagi pembangunan ekonomi.”

ARTIKEL YANG SAMA