China terima tempahan Jet ARJ21

China terima tempahan Jet ARJ21

HONG KONG, 12 Julai – Pembuat pesawat udara milik kerajaan China telah menandatangani perjanjian untuk menjual kira-kira 60 jet serantau barunya kepada sebuah syarikat pajakan dalam satu perjanjian bernilai kira-kira AS$2.3 bilion.

Dalam satu kenyataan bersama lewat kelmarin, Commercial Aircraft Corp of China Ltd., atau COMAC berkata persetujuan itu ditandatangani dengan Kumpulan Pajakan Pesawat Udara China, sebuah syarikat disenaraikan di Hong Kong, termasuk tempahan sah sebanyak 30 jet ARJ21-700 dan pilihan untuk membeli 30 lagi.

Syarikat itu berkata pesawat udara itu akan dipajakkan kepada syarikat penerbangan Indonesia yang merupakan salah satu pemegang saham Pajakan Pesawat Udara China, Friedmann Pacific Asset Management Ltd., rancang untuk melabur.

ARJ21-700 adalah sebahagian daripada usaha China, salah satu pasaran pengangkutan udara yang pantas berkembang dan terbesar di dunia, untuk membangunkan industri penerbangan di tanah airnya. Ia menjadi pesaing kepada pesawat udara buatan Bombardier Inc, Kanada dan Embraer SA, Brazil.

ARJ21 memulakan penerbangan komersial sulungnya bulan lalu, yang muncul sedekad daripada yang dijadualkan kerana masalah teknikal. Perjanjian itu yang ditandatangani di Pameran Udara Antarabangsa Farnborough adalah tempahan komersial tunggal terbesar bagi jet berkenaan sejak kemunculannya, menurut syarikat itu. – AP