China, Thailand adakan latihan tentera

China, Thailand adakan latihan tentera

BEIJING, 11 Nov (Reuters) – Tentera udara China dan Thailand pada bulan ini akan mengadakan latihan bersama pertama mereka, kata Kementerian Pertahanan China hari ini, dalam satu lagi petanda pertambahan pembabitan Thailand dengan Beijing.

Latihan ‘Falcon Strike 2015’ akan diadakan di Pangkalan Tentera Udara Diraja Thai Korat dari 12 hingga 30 November, kata Kementerian Pertahanan China dalam satu kenyataan pendek.

“Tujuan latihan bersama ini adalah untuk menambah pembelajaran dan pemahaman di antara tentera udara kedua-dua negara, mempertingkat kerjasama praktikal Sino-Thai dan mengembang kepercayaan dan persahabatan bersama,” katanya, tanpa mengulas lanjut.

Satu rampasan kuasa pimpinan tentera mengguling kerajaan dipilih Thailand pada Mei tahun lalu, selepas bantahan jalan ganas selama beberapa bulan. Rampasan kuasa dikecam oleh negara Barat, yang menurunkan taraf hubungan diplomatik, tetapi pemimpin tentera mendakwa mereka mempunyai sokongan dari China ekoran tindakan itu.

Sejak itu, Thailand, sekutu tradisional Amerika Syarikat, telah berusaha untuk memperbaiki hubungan dengan negara jiran. Ia mempertingkat penglibatan dengan China, tatkala Beijing menambAah pengaruhnya di rantau dengan pelbagai pinjaman dan bantuan untuk infrastruktur.

China telah menimbulkan kebimbangan di Asia Tenggara dengan perbuatan bersifat pendesak mereka di Laut China Selatan, di mana China, Vietnam, Filipina, Malaysia, Taiwan dan Brunei semuanya mempunyai tuntutan ke atas wilayah.

Satu sidang kemuncak menteri-menteri pertahanan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara pada minggu lalu, dihadiri oleh Amerika Syarikat dan China, gagal mengeluarkan satu kenyataan muktamad disebabkan wakil tidak dapat mencapai persetujuan mengenai sama ada untuk menyebut perbalahan Laut China Selatan.

ARTIKEL YANG SAMA