China, Thailand perlu bekerjasama – Xi

China, Thailand perlu bekerjasama – Xi

HANGZHOU, 5 Sept – China dan Thailand harus mempertingkat kerjasama dalam semua bidang, kata Presiden Xi Jinping semalam.

Xi mengeluarkan kata-kata tersebut apabila bertemu dengan Perdana Menteri Thai Prayuth Chan-ocha mengenai isu sampingan sidang kemuncak G20 di bandar timur Hangzhou. Prayuth sedang menghadiri sidang kemuncak itu sebagai pemimpin undangan negara.

Xi berkata China mengutamakan hubungan China-Thailand dan rela bekerjasama dengan Thailand untuk memajukan kerjasama strategik mereka.

China dan Thailand adalah negara membangun yang penting di Asia dan mereka mempunyai tugas yang sama dengan negara membangun, mempertingkat mata pencarian penduduk dan mengekal kestabilan.

Xi Jinping menyampaikan ucapan penutupnya pada Sidang Kemuncak G20 di Hangzhou semalam. Pemimpin-pemimpin dunia berkumpul di Hangzhou untuk Sidang Kemuncak Pemimpin G20 ke-11 dari 4 hingga 5 September. – AFP
Xi Jinping menyampaikan ucapan penutupnya pada Sidang Kemuncak G20 di Hangzhou semalam. Pemimpin-pemimpin dunia berkumpul di Hangzhou untuk Sidang Kemuncak Pemimpin G20 ke-11 dari 4 hingga 5 September. – AFP

Kedua-dua pihak harus memperkukuh komunikasi strategik, menjajarkan strategi pembangunan mereka, mempromosi kerjasama dalam semua bidang, mengembang pertukaran orang perseorangan, dan mempertingkat penyelarasan dalam rangka kerja berbilang pihak, kata Xi.

Sebagai pemimpin pengerusi Kumpulan 77, kehadiran Prayuth di sidang kemuncak mencerminkan sokongan negara membangun terhadap presiden China dalam G20, kata Xi.

Prayuth menyatakan rasa penghargaannya atas jemputan China ke sidang kemuncak G20. Negara membangun memuji usaha China dalam mempromosi kerjasama di antara G20 dan G77, kata beliau. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA