China tidak berputus asa

China tidak berputus asa

BEIJING, 30 Nov (Reuters) – China tidak akan melepaskan hak untuk membuat keputusan berhubung penjelmaan semula Dalai Lama, seorang pegawai tertinggi China berkata hari ini, di sebalik kritikan dari kumpulan hak asasi kemanusiaan dan pemimpin Tibet yang hidup dalam buangan berhubung isu itu.

Dalai Lama dan Parti Komunis, iaitu parti China yang rasminya adalah ateis telah berulang kali bergelut berhubung siapa yang mempunyai kuasa muktamad berhubung isu penjelmaan semula itu.

Penduduk Tibet bimbang China akan menggunakan isu penggantian Dalai Lama untuk memisahkan penduduk Buddha Tibet, dengan Dalai Lama baru dipilih oleh yang hidup dalam buangan dan satu lagi dipilih oleh kerajaan selepas kematiannya.

“Kerajaan pusat telah menguatkan azamnya untuk memutuskan berhubung penjelmaan semula ‘Buddha yang wujud’ untuk memastikan kemenangan ke atas perjuangan anti pemisah,” Zhu Weiqun, pengerusi jawatankuasa hal ehwal etnik dan agama bagi badan penasihat tertinggi parlimen China, yang menulis dalam Global Times yang dikendali kerajaan.

Pelancong, pengikut Tibet dan wartawan asing mengambil gambar di Istana Potala, yang merupakan tapak pemerintahan kerajaan Tibet dan kediaman tradisional Dalai Lama. – Reuters
Pelancong, pengikut Tibet dan wartawan asing mengambil gambar di Istana Potala, yang merupakan tapak pemerintahan kerajaan Tibet dan kediaman tradisional Dalai Lama. – Reuters

China berkata Dalai Lama, yang melarikan diri dan hidup dalam buangan di India setelah kebangkitan gagal menentang pemerintahan China dalam tahun 1959, adalah pemisah ganas. Penerima anugerah Nobel itu menafikan memberi sokongan kepada keganasan dan berkata dia hanya mahukan autonomi tulen untuk Tibet.

Penduduk Buddha Tibet mempercayai roh Lama lebih tua menjelma semula dalam badan seorang kanak-kanak apabila kematiannya.

China berkata tradisi itu mesti diteruskan dan ia mesti meluluskan Dalai Lama yang seterusnya. Bagaimanapun, Dalai Lama berkata dia berpendapat gelaran itu mungkin berakhir bila ia mati.