China tidak perlu rasa terancam

China tidak perlu rasa terancam

BEIJING, 16 Ogos – Ketua Turus Tentera Amerika Syarikat (AS) memberitahu para pegawai China semasa satu lawatan hari ini bahawa China seharusnya tidak berasa terancam dengan keputusan sekutu Amerika, Korea Selatan untuk mengatur kedudukan sistem pertahanan peluru berpandu AS.

Jeneral Mark A. Milley bertemu dengan rakan sejawatannya China, Jeneral Li Zuocheng, dan para pemimpin kanan lain dari Parti Tentera Pembebasan Rakyat untuk membincangkan isu-isu di tengah bantahan keras berhubung keputusan untuk menempatkan Sistem Pertahanan Kawasan Altitud Tinggi Terminal AS atau THAAD, di selatan bandar Korea Selatan, Seoul.

Milley mengulangi semula kedudukan Amerika bahawa sistem pertahanan itu adalah bertujuan untuk memusnahkan kemungkinan peluru berpandu Korea Utara dan bukan untuk menjejak peluru berpandu di dalam China.

Milley berkata THAAD bukanlah ancaman kepada China, kata Tentera AS dalam satu kenyataan.

Jeneral Mark Milley (kiri) memperkenalkan anggota kakitangannya kepada Jeneral Li Zuocheng (kanan) semasa satu majlis di Beijing pada 16 Ogos. – AFP
Jeneral Mark Milley (kiri) memperkenalkan anggota kakitangannya kepada Jeneral Li Zuocheng (kanan) semasa satu majlis di Beijing pada 16 Ogos. – AFP

Media kerajaan China telah menyiarkan serangan setiap hari ke atas AS dan Korea Selatan berhubung sistem pertahanan peluru berpandu itu, dan China telah membatalkan acara melibatkan penghibur Korea Selatan. China juga kelihatannya enggan memberikan sokongan pada PBB bagi pengutukan ke atas program peluru berpandu Korea Utara.

Lawatan Milley juga muncul di tengah-tengah pergeseran berikutan perintah panel arbitrari antarabangsa bulan lepas yang tidak mengesahkan tuntutan China ke atas keseluruhan Laut China Selatan.

Menurut kenyataan Tentera AS, Milley memberitahu para pegawai China yang AS komited untuk mematuhi peraturan antarabangsa ‘dan menggalakkan China untuk melakukan perkara yang sama sebagai satu cara untuk mengurangkan ketegangan serantau’. – AP

ARTIKEL YANG SAMA