China tidak terlibat dalam jenayah siber

China tidak terlibat dalam jenayah siber

BEIJING, 22 Sept (AFP) – Kerajaan China tidak terlibat dalam kecurian rahsia komersial dan tidak menyokong syarikat-syarikat China untuk melakukannya, Presiden Xi Jinping memberitahu Wall Street Journal dalam satu temu bual yang disiarkan pada Selasa.

“Kecurian rahsia komersial siber dan serangan penggodaman terhadap rangkaian kerajaan, kedua-duanya adalah menyalahi undang-undang; perbuatan sedemikian merupakan kesalahan jenayah dan perlu dihukum mengikut undang-undang dan konvensyen antarabangsa yang berkaitan,” kata Xi dalam temu bual bertulis itu, menjelang lawatan AS beliau.

“China dan Amerika Syarikat berkongsi kebimbangan yang sama mengenai keselamatan siber. Kami bersedia untuk mengukuhkan kerjasama dengan pihak Amerika Syarikat (AS) mengenai isu ini.”

Penasihat keselamatan AS Susan Rice pada Isnin mengeluarkan amaran keras kepada kerajaan China pengintipan siber mesti berhenti, menjadikan ia sebagai kebimbangan keselamatan negara dan faktor kritikal dalam hubungan AS-China.

ARTIKEL YANG SAMA