China tingkatkan belanjawan, kebimbangan di Laut China Selatan

China tingkatkan belanjawan, kebimbangan di Laut China Selatan

BEIJING, 16 Feb – China mungkin mengumumkan satu lagi pertambahan dalam perbelanjaan pertahanan pada bulan depan, tatkala Parti Komunis berusaha meredakan perasaan tidak puas hati tentera pada pembaharuan dan tatkala kebimbangan mengenai Laut China Selatan dan Taiwan membebani Beijing.

Perbelanjaan tentera pada tahun lalu dibajet meningkat sebanyak 10.1 peratus, mengatasi pertumbuhan KDNK, dan satu lagi pertambahan dua digit dijangka diumumkan pada mesyuarat tahunan parlimen China pada Mac.

Satu sumber yang mempunyai hubungan dengan tentera dan sering bertemu dengan pegawai kanan memberitahu Reuters satu pertambahan sebanyak 30 peratus dalam perbelanjaan pada tahun ini telahpun ditimbulkan dalam lingkungan tentera, walaupun pertambahan sebenar tidak mungkin bersifat dramatik.

Presiden Xi Jinping, yang telah menimbulkan kebimbangan di rantau dengan dasar terhadap pertikaian wilayah di Laut China Timur dan Selatan, kini berusaha mengheret Tentera Pembebasan Rakyat dalam era moden, membuang 300,000 pekerjaan dan memperbaharui struktur pemerintahan era Perang Dingin.

Namun pembaharuan telah menerima tentangan daripada tentera dan pegawai yang bimbang mengenai jaminan pekerjaan.

“Xi terpaksa menenang mereka kerana timbulnya perasaan tidak puas hati dan ketidakpastian dalam tentera,” kata sumber.

Kementerian Pertahanan China enggan memberi komen, apabila ditanya mengenai belanjawan pertahanan, mengenai faktor yang diambil kira dalam mana-mana pertambahan perbelanjaan pada tahun ini. Akhbar rasmi tentera Tentera Pembebasan Rakyat memberikan beberapa wawasan mengenai kebimbangan dalam tentera dalam satu komentar pada bulan lalu, berkata beberapa tentera ‘berasa berat’ pada prospek pembaharuan dan ketidakpastian mengenai faedahnya. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA